Tarikh 

: 6, 25 & 29 Jun 2024

 Masa

: 4.30pm- 5.30pm   

 Lokasi

: NADI Kg Pianggu

 Peserta :  3 Orang

 

Tujuan

Bengkel Softskill kepada semua peserta . Program ini memberi penumpuan kepada Pembangunan Softskill yang mana lebih kepada pengisian maklumat padu secara atas talian.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan kaedah pengisian borang padu dengan menggunakan komputer sebagai alatannya serta diberi penerangan berkaitan kepentingan pembangunan diri dari segi aspek kendiri dan pembangunan kewangan. 

Gambar Disini

Tarikh  7,14,15 & 27 Jun 2024
Masa

 10.00AM- 11.00AM

Lokasi

: NADI Kg Pianggu 

Peserta : 3 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Program ini ditumpukan kepada pembelajaran mengenai STEM IOT itu sendiri melalui penerangan khusus dari Laman Web Robotlab.com.

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan berkaitan kepentingan IOT dan cara mengaplikasikan ilmu yang dapat daripada video yang ditayangkan kepada bentuk fizikal. Peserta perlu memahani cara fungsi berkaitan dengan IOT.

Gambar Disini

Tarikh / Masa 

 : 4 Mei 2024

 : 09.00PM- 10.00PM

Tempat

: NADI Kg Pianggu 

Peserta 

: 10 orang

 

Tujuan

Promosi ini adalah tujuan mendedahkan komuniti setempat berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Kg Pianggu. Penerangan secara terperinci akan satu-satu perkara yang berkaitan dengan NADI kepada komuniti agar mereka lebih jelas dan sedar akan kepentingan NADI kepada omuniti setempat. Pserta dapat melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan di sini. Taklimat diberikan oleh Pengurus NADI iaitu En. Zabli AB Hadi.

Aktiviti

Pendedahan khusus berkaitan dengan fungsi dan peranan NADI kepada kominuti setempat. Memberi peluang kepada orang ramai mengenali dengan lebih dekat akan peranan dan perkhidmatan yang disediakan. Peserta dapat melihat dengan lebih terperinci akan usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan penduduk sekitar tidak ketinggalan dengan arus pembangunan dunia digital. 

Gambar Disini

Tarikh 

: 4,8,12,13,22 & 23 Jun 2024

 Masa

: 2.00PM-5.00PM

 10.00AM-12.30PM

  3.00PM-5.30PM

 Lokasi

: NADI Kg Pianggu

 Peserta :  6 Orang

 

Tujuan

Bagi kelas keusahawanan yang berlangsung di NADI, peserta datang ke sini untuk membuat pertanyaan lanjut berkenaan dengan Shopee. Mereka yang hadir ke kelas kebanyakannya telah pernah mengikuti kelas pada sebelum ini.

Aktiviti

Peserta bertanyakan cara untuk proses tempahan dan memasukkan produk baru. Kebanyakan cara lama yang telah diajarkan dahulu tidak lagi sama dengan update terbaru, jadi pelajar ingin mendapatkan ilmu tambahan.

Gambar Disini

Tarikh 

: 2, 6, 16 Mei 2024

 Masa

: 10.00AM- 12.00PM

   2.00PM - 4.00PM 

   10.00AM- 12.00PM

 Lokasi

: NADI Kg Pianggu

 Peserta :  6 Orang

 

Tujuan

Program ini merupakan program rutin bulanan pusat buat komuniti setempat. Peserta perlu hadir ke NADI dan mereka diajar mengikut silibus yang telah ditetapkan. Bagi peserta lepasan sekolah yang ingin membuat resume, mereka perlu mengikuti kelas online bengkel penulisan resume.

Aktiviti

Program penulisan resume , peserta mengikuti bengkel online yang dianjurkan oleh MSD. Mereka akan diajarkan menggunakan aplikasi Mucrosoft office. Petugas akan mengajar dengan cara terbaik dan mudah difahami bagi membolehkan peserta memahami cara kerja.

Gambar Disini