DAERAH ROMPIN, PAHANG
Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.
ASAL USUL ROMPIN
Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.
Walaubagaimanapun terdapat juga cerita lisan daripada penduduk setempat yang mengatakan Rhu Ramping berasal daripada pokok rhu yang serpih separuh di batangnya akibat terkena bedilan meriam suatu masa dahulu. Pokok ru tersebut masih berdiri teguh walaupun terkena bedilan meriam.
PARLIMEN ROMPIN
Sumber: Ahli Parlimen Rompin
ADUN TIOMAN
Mohd Johari Hussain adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Pahang yang ke 6. Beliau berjaya memenangi DUN Tioman dalam PRU12 pada 8 Mac 2008.
Nama Penuh : Mohd Johari Bin Hussain
Tarikh Lahir : 3 Januari 1973
Tempat Lahir : Kg Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Alamat Pejabat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tioman
No. 38, Tingkat Bawah, Jalan Utama, bandar Baru
26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : Mohd Johari Hussain
Blog : www.adun-tioman.blogspot.com
Sumber lain : https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Johari_Hussain
PEGAWAI DAERAH ROMPIN
Sumber Maklumat : Pegawai Daerah
PENGHULU MUKIM ENDAU
EN MOHD HANEFF BIN HJ ABD MANAN
PENGHULU NP29/MUKIM ENDAU
KOMPLEKS PENGHULU MUKIM ENDAU, 26800 KUALA ROMPIN
No Tel. Pejabat : 09-4132280
Sumber Maklumat : Penghulu
- Seterusnya
- Seterusnya >>