Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia diadakan pada 10 September pada setiap tahun.
Tema kebangsaan pada tahun ini adalah 'Ubah Tanggapan, Bina Harapan' yang memfokuskan untuk mengubah pandangan atau persepsi masyarakat terhadap tingkah laku bunuh diri, mengurangkan stigma, dan lebih berempati kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan tingkah laku bunuh diri.
Bunuh diri boleh dicegah.
Marilah bersama-sama, kita hidupkan harapan sebagai tanda sokongan kepada mereka yang sedang berjuang melalui dugaan hidup bermula daripada keluarga dan kenalan terdekat.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Badan yang sihat dipengaruhi oleh pemakanan dan juga gaya hidup. Nutrisi adalah penting untuk memastikan individu mengalami tumbesaran yang normal, perkembangan yang sejajar dengan umur serta memastikan tubuh badan sentiasa sihat.
Pada umumnya, corak pemakanan yang sihat harus berpandukan piramid pemakanan mengikut keperluan individu. Jom mulakan dengan tabiat pengambilan snek secara bijak.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Pastikan tangan anda bersih. Cuci tangan dengan cara yang betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit. Keputusan di tangan anda
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Santan merupakan ramuan utama dalam kebanyakan masakan masyarakat Malaysia. Adakah anda tahu apa yang terkandung dalam santan?
Banyak kebaikan dan khasiat santan, namun pengambilan santan yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia