SUMBER : JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG

Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam.

Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia. Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.

Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkan asma setakat ini, serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Dengan pandemik #COVID19 yang berlaku, penghidap asma merupakan antara golongan berisiko mendapat jangkitan yang teruk jika dijangkiti #COVID19 dan menjadi golongan sasar untuk Fasa Kedua Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan (PICK).

*Hari Asma Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Bulan April adalah Bulan Pemakanan Malaysia 2021.
 
Banyak aktiviti-aktiviti berkaitan pemakanan telah disediakan oleh Bahagian Pemakanan KKM.
 
 
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Vaksin COVID-19:
 
Vaksin COVID-19 melindungi daripada penyakit COVID-19 yang serius.
Perlindungan diperoleh sekurang-kurangnya selepas dua minggu dari tarikh dos lengkap vaksin.
Individu yang telah divaksin masih perlu mengamalkan langkah pencegahan jangkitan serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum imuniti kelompok dicapai.
 
Sumber : Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

Sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia dari 8 Mac hingga 14 Mac 2021 ini, jom kita ubah cara masakan kita dengan mengurangkan penggunaan garam, sos dan kicap dalam makanan.

Kekalkan gaya hidup sihat walaupun dari sudut makanan!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia