Gejala bagi Influenza mungkin lebih teruk bebanding C-19 kerana ada gejala demam panas melebihi 38 ‘ C dengan batuk dan batuk teruk beserta bersin.

Anda sebenarnya boleh melakukan ujian kendiri (air liur) menggunakan kit ujian kendiri yang boleh dibeli di farmasi.

Kit ujian ini boleh mengesan C-19 dan Influenza pada masa yang sama. Jika naik 2 garisan di bahagian Flu A/ Flu B bermaksud anda telah POSITIVE influenza.

Jika anda bergejala, elakkan pergi ke tempat awam yang sesak. Anak anak jangan dihantar ke sekolah dan jika gejala berterusan dapatkan pemeriksaan.

HFMD mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.

 

-Cegah jangkitan dengan mengelakkan perkongsian barangan peribadi.
-Jangan kongsi tuala, pinggan, sudu, cawan dan alat mainan.

SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Brought-in-Dead (BID) bermaksud kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik.
Siapakah golongan berisiko?
⚠️ Pesakit tidak mengetahui mereka menghidap COVID-19
⚠️ Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah
⚠️ Pesakit lambat mendapatkan bantuan kecemasan
⚠️ Pesakit mengalami happy hypoxia
BID COVID-19 boleh dielakkan dengan
✅ Pantau dan kemaskini status kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera
✅ Terus lakukan pemantauan kendiri setiap hari sehingga tamat tempoh kuarantin jika tidak bergejala
✅ Ketahui dan kenal pasti warning signs COVID-19
✅ Kesesakan bernafas boleh dipantau menggunakan pulse oximeter
✅ Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dengan keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19
Segera hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

Selamat Hari Kanser Sedunia 2022.

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia termasuk Malaysia bagi tahun 2020.

Apa yang patut saya lakukan?

✔️ Lakukan pengesanan awal dengan membuat ujian saringan
✔️ Aktif secara fizikal
✔️ Tidak merokok
✔️ Elak minuman beralkohol
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
✔️ Urus stres dengan baik
✔️ Memberi sokongan kepada pesakit kanser

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia