Gejala bagi Influenza mungkin lebih teruk bebanding C-19 kerana ada gejala demam panas melebihi 38 ‘ C dengan batuk dan batuk teruk beserta bersin.

Anda sebenarnya boleh melakukan ujian kendiri (air liur) menggunakan kit ujian kendiri yang boleh dibeli di farmasi.

Kit ujian ini boleh mengesan C-19 dan Influenza pada masa yang sama. Jika naik 2 garisan di bahagian Flu A/ Flu B bermaksud anda telah POSITIVE influenza.

Jika anda bergejala, elakkan pergi ke tempat awam yang sesak. Anak anak jangan dihantar ke sekolah dan jika gejala berterusan dapatkan pemeriksaan.