Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita. Oleh itu, dengan adanya Klinik Desa yang berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia ia dapat memberi manfaat kepada pengguna setempat. Klinik desa yang berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pianggu ialah Klinik Desa Kg Pianggu.
SUMBER : http://jknpahang.moh.gov.my/index.php/perkhidmatan/fasiliti-kesihatan/klinik-desa?start=3
KLINIK DESA KAMPUNG PIANGGU
* Klinik Desa Kg Pianggu bukan sahaja memberi manfaat terhadap kesihatan penduduk setempat tetapi membuat bancian terhadap setiap keluarga yang berhampiran iaitu melibatkan beberapa kampung lagi selain daripada Kg Pianggu.
* Staf-staf klinik desa ini sentiasa menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Pianggu seperti fotostat, binding, penggunaan komputer dan lain- lain. Perkhimatan yang disediakan oleh pusat internet membolehkan perjalanan kerja mereka menjadi lebih mudah. Hal ini kerana kedudukan Klinik Desa hanya bersebelahan dengan Pusat Internet Kg Pianggu.
SUDUT PANDANG KLINIK DESA KG PIANGGU DARI
PUSAT INTERNET KG PIANGGU