Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.Selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan.Semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini.
Sumber: Berita Harian dan Sinar Harian
Definisi kesihatan mental:
Tiada istilah rasmi atau satu definisi tetap tentang kesihatan mental. Perbezaan budaya, penilaian yang subjektif dan teori professional telah mempengaruhi bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak.Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
Pencegahan:
Untuk individu, antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah memperbaiki strategi menangani masalah, mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Pada peringkat yang lebih besar, penekanan perlu diberikan kepada promosi kesihatan mental. Promosi kesihatan mental memerlukan penglibatan pelbagai pihak seperi sektor kerajaan, swasta dan organisasi komuniti.Tumpuan harus diberikan kepada promosi kesihatan mental sepanjang hayat iaitu dari peringkat kanak-kanak lagi. Ini adalah untuk mencegah penyakit mental daripada berlaku ketika peringkat dewasa dan warga tua. Program di bawah mungkin berfaedah, iaitu
- Intervensi awal kanak-kanak (Contoh : lawatan ke rumah untuk wanita mengandung, bantuan nutrisi/pemakanan serta kewangan untuk mereka yang kurang bernasib baik)
- Sokongan kepada kanak-kanak dan remaja ( Contoh : Program perkembangan kanak-kanak dan remaja)
- Program pengukuhan ekonomi golongan wanita (Contoh : memudahkan laluan pendidikan serta sistem mikro-kredit seperti Industri Kecil dan sederhana (IKS) , Amanah Ikhtiar Malaysia);
- Sokongan sosial untuk warga emas (Contoh : Pusat komuniti dan jagaan harian)
- Program psiko-sosial untuk kumpulan berisiko ,contohnya penduduk yang terlibat dengan bencana seperti tsunami dan banjir.
- Aktivisi promosi kesihatan mental di sekolah (Contoh: Program menangani masalah dan krisis di kalangan murid sekolah)
- Intervensi kesihatan mental di tempat kerja (Contoh: Program pencegahan stres).
- Program perkembangan komunitidan kumpulan sokongan.
PEMERIKSAAN KESIHATAN (I-HEALTH)
Dashboard Komuniti memperkenalkan aplikasi pemeriksaan kesihatan yang dikenali sebagai (I-Health). Ia dapat memeriksa tekanan darah dan denyutan jantung seseorang. Oleh itu, pengguna pusat internet wajib menjadi ahli terlebih dahulu sebelum membuat pemeriksaan kesihatan. Hal ini kerana, setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan, keputusan akan keluar di Aplikasi Dashboard Komuniti (APP) yang wajib di download oleh setiap ahli pusat internet yang menjalani pemeriksaan kesihatan.
http://kgpianggu.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=60#sigFreeId47e2485e28
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
PENGENALAN
- rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.
AGEN PENYEBAB
- Virus rabies sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus
CARA JANGKITAN
- Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.
TANDA-TANDA & GEJALA
- tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
KOMPLIKASI
- Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.
RAWATAN
- Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies.. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon
PENCEGAHAN
- Vaksinasi digunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies.
LANGKAH- LANGKAH PENCEGAHAN
- elakakan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
- jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidapvrabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.
**sumber Kementerian Kesihatan Malaysia