rabies

PENGENALAN

  • rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

AGEN PENYEBAB

  • Virus rabies sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus

CARA JANGKITAN

  • Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

TANDA-TANDA & GEJALA

  • tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.

KOMPLIKASI

  • Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.

RAWATAN

  • Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies.. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon

PENCEGAHAN

  • Vaksinasi digunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies.

LANGKAH- LANGKAH PENCEGAHAN

  • elakakan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.
  • jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidapvrabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.

 

**sumber Kementerian Kesihatan Malaysia