Tujuan pemakaian sarung tangan dalam kalangan pengendali makanan adalah untuk menyentuh makanan sahaja. Namun, terdapat sesetengah pengendali makanan yang mengabaikan amalan kebersihan yang baik dengan menyentuh pelbagai permukaan dan objek seperti wang, peralatan memasak, pinggan, cawan dan sebagainya semasa memakai sarung tangan.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum terhadap isu yang tular baru- baru ini di media sosial berkaitan dengan menghidangkan kopi bersama arang, kerana ia mungkin boleh mendatangkan risiko sekiranya dimakan atau diminum begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat unsur benda asing atau toksik lain.

Mengikut Akta Makanan 1983, arang tidak dikategorikan sebagai makanan. Sehubungan itu, penambahan arang ke dalam minuman kopi merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 269A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang jika didapati bersalah, boleh dijatuhi denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Kesihatan Mental mampu mempengaruhi kualiti kehidupan seharian, tahap pembelajaran dan produktiviti seseorang jika tidak ditangani dengan berkesan. Anda tidak berseorangan, tampillah untuk mendapatkan bantuan.

Asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada anda yang merokok, mereka yang berada disekeliling perokok yang terhidu asap rokok turut mendapat kesannya.

Bebaskan diri daripada asap rokok untuk mencegah risiko KANSER.

Buah tembikai sering dijadikan pencuci mulut. Buah tembikai kaya dengan nutrien seperti kalium, vitamin A, vitamin C serta antioksidan.

Selain itu, kandungan air yang tinggi dalam buah tersebut membantu seseorang lebih kenyang selepas makan buah berkenaan.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tembikai untuk memperoleh manfaat nutrien yang terkandung di dalamnya.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM menggalakkan orang ramai agar meningkatkan pengambilan buah-buahan agar kekal sihat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia