Brought-in-Dead (BID) bermaksud kes kematian yang berlaku di luar fasiliti kesihatan dan dibawa ke Jabatan Forensik.
Siapakah golongan berisiko?
⚠️ Pesakit tidak mengetahui mereka menghidap COVID-19
⚠️ Pesakit yang menjalani kuarantin di rumah
⚠️ Pesakit lambat mendapatkan bantuan kecemasan
⚠️ Pesakit mengalami happy hypoxia
BID COVID-19 boleh dielakkan dengan
✅ Pantau dan kemaskini status kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahtera
✅ Terus lakukan pemantauan kendiri setiap hari sehingga tamat tempoh kuarantin jika tidak bergejala
✅ Ketahui dan kenal pasti warning signs COVID-19
✅ Kesesakan bernafas boleh dipantau menggunakan pulse oximeter
✅ Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dengan keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19
Segera hubungi 999 sekiranya berlaku kecemasan.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia