Kita semua telah melalui kenangan pahit dan manis sepanjang menghadapi Pandemik Covid-19 bersama-sama. Bagaikan satu keluarga dalam menghadapi susah & senang bersama.
.
Alhamdulillah detik 10 Jun 2020, kita semua telah memasuki fasa pemulihan (PKPP), menikmati kebebasan hasil dari kesabaran dan kepatuhan kita selama ini.
.
"Ayuh semua rakyat Malaysia, kita terus jaga penjarakan sosial dalam apa juga aktiviti harian yang kita lakukan. Semoga kita terus bebas dari wabak ini!" Insyallah, semuanya akan pulih seperti sediakala.
Terima kasih frontliner,
Terima kasih warga KKM,
Terima kasih seluruh Rakyat Malaysia!!!
Langkah- Langkah keselamatan & kesihatan Semasa banjir berlaku
Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga waktu penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
Terima kasih ATM kerana komited membantu dalam PKP tahap 2 sehingga mencapai kadar pematuhan 99%. Rakyat sudah makin faham tujuan PKP adalah untuk membendung penularan wabak COVID19.