Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk kegunaan seluruh penduduk Mukim Endau, antaranya ialah:
Surau dan Masjid
KERJA-KERJA MENGALIH KABEL VOLTAN TINGGI YANG MERENTANGI SUNGAI SETAJAM
Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak TNB Rompin untuk memudahkan para nelayan melalui Sungai Setajam. Kabel voltan tinggi yang dahulunya berada dalam sungai tersebut telah dialih dan kini menggunakan tiang batu. Kini para nelayan tidak lagi perlu menunggu air pasang untuk melalui kawasan tersebut. Mereka juga tidak lagi bimbang terkena renjatan elektrik akibat kebocoran penebat pada kabel voltan tinggi tersebut.