Ra'id Homestay & Chalet
Sebuah Rumah Tumpangan Unik Serba Lengkap Bersama Chalet berhampiran Tebing Sungai.

raid1


Ra'id Homestay & Chalet merupakan produk pelancongan yang di usahakan oleh usahawan tempatan. Pemiliknya En. Radzali Abdullah yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zali telah mengusahakan perniagaan ini selama setahun. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ciri - ciri kesenian & kelainan menggambarkan rumah tumpangan milik beliau. Lokasinya pula terletak bersebelahan dengan Sungai Pianggu menambahkan lagi keunikannya.

raid2

raid3raid4


Homestay


Terdapat dua pilihan pakej penginapan yang disediakan di Ra'id Homestay & Chalet ini. Yang pertama sebuah rumah homestay yang serba lengkap dengan pelbagai kelengkapan. Dari ruang tamu yang luas, selesa dan berhawa dingin, 1 bilik tidur utama dengan katil bersaiz Queen. 1 bilik tidur tetamu dengan 2 buah katil bersaiz single. Tandas yang bersih dan selesa, serta dapur yang lengkap dan luas. Hiasan dalaman yang artistik dan menarik pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza buat semua pengunjung. Harga bagi sebuah Homestay adalah RM 150.00 sehari.

raid5


Chalet


Bagi mereka yang lebih gemarkan aktiviti luaran, terdapat 2 buah chalet berhawa dingin yang selesa dan murah disediakan. Ruang dalaman chalet yang lengkap dengan peralatan asas pasti akan memuaskan hati para pengunjung yang berkunjung ke sini. Harga untuk sebuah chalet adalah RM60.00 sehari. manakala ruang halaman yang luas membolehkan pengunjung menjalankan aktiviti sendiri dengan selesa. Peralatan untuk BBQ ada disediakan. Bagi Aktiviti memancing pula, pengunjung di galakkan membawa peralatan sendiri. Selain dari aktiviti yang disediakan, para pengunjung boleh berbincang dengan pemilik untuk mengadakan aktiviti lain seperti bersiar - siar di kawasan kampung. Terdapat sebuah perkampungan orang asli yang terletak tidak jauh dari homestay ini sesuai untuk dilawati.

raid6

 

Hubungi Kami


Para pengunjung yang berminat untuk merasai sebuah percutian yang pasti akan memberi kelainan tanpa mengkompromikan keselesaan, ini adalah pilihan yang terbaik. Sila hubungi terus pemilik Ra'id Homestay & Chalet seperti yang dinyatakan di bawah:


Ra'id Homestay & Chalet
raid7
Pemilik Ra'id Homestay & Chalet
Radzali Abdullah / Rosmizar
0137552737 / 0129650866
email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.