BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

 NAMA :  MOHD AZRUL AZQARI
 UMUR :  10 TAHUN
 AHLI    :   2017

 

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Mohd Azrul merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Pianggu. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Office 2010 dan Internet di Pusat Internet Kg Pianggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Kg Pianggu ini. Adik Azrul tidak tahu menggunakan komputer. Dia hanya melihat kawan-kawannya menggunakan komputer di pusat internet sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PI seperti mengikuti kelas yang diadakan di pusat internet ini beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI.