USAHAWAN PERANCANG MAJLIS

 NAMA   :  SITI ZUBAIDAH BT HJ HARUN
 UMUR  :  35 TAHUN
 AHLI     :  2014

 

Latar belakang

Pusat Internet Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan pada Ogos 2017 yang lalu. Kelas latihan dan program yang dijalankan melibatkan kumpulan belia berjalan dengan lancar. Siti Zubaidah merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada PI ini, Siti Zubaidah kurang mahir menggunakan pengiklanan melalui facebook. Siti Zubaidah juga kurang mengetahui cara-cara untuk memasarkan produk dengan lebih luas lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Kg Pianggu, beliau kini telah menjalankan perniagaan secara lebih meluas dengan kuantiti tempahan yang lebih dan juga semakin meningkat dari hari ke hari. Pendapatan bulanan beliau kini telah meningkat dari hari ke hari untuk membantu mengukuhkan ekonomi beliau.