Nama : NORHASIAH BT MOHAMMAD SAFFAR
Umur : 42 tahun
Ahli : 2016

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PIM Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Puan Hasiah merupakan tenaga jururawat di Kampung Pianggu. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Office 2016 dan Internet di Pusat Internet Kg Pianggu serta melakukan tugasan menggunakan komputer di sini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Kg Pianggu ini. Puan Hasiah kurang mahir menggunakan komputer. Pengetahuan berkenaan Microsoft Excelnya adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PIM seperti mengikuti kelas yang diadakan di pusat internet ini beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PIM.