NAMA   : NORHASLINDA BT ABD RANI
UMUR  :  43 TAHUN
AHLI     :  2018

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 bagi Q1 2019, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet (PI) Kg Pianggu iaitu Pn. Norhaslinda bt Abd Rani sebagai program Keusahawanan online 1 Q1 2019. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Puan Norhaslinda merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada Pi ini, Puan Norhaslinda kurang mahir dalam proses penyuntingan gambar. Puan Norhaslinda juga kurang berkesan dalam mempromosikan produknya diatas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Malaysia Kg. Pianggu, beliau kini telah memperbaiki mutu suntingan gambar yang diambilnya. Gambar promosi yang dibuat di facebook kini lebih menarik.