Nama : MOHD HAIKAL HASRAF ABDULLAH 
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Adik Haikal merupakan salah seorang pelajar di SK Pianggu. Beliau berada di tahun 6 di sekolah tersebut. Mengikut perkembangan teknologi sekarang, penjaga kepada adik Haikal merasakan anak mereka ini perlu untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang ICT. Jesteru Ibu adik Haikal telah mengantar beliau untuk belajar ICT di Pusat Internet Kg Pianggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Kg Pianggu ini. Adik Haikal kurang mahir menggunakan komputer. Pengetahuan berkenaan Microsoft Wordnya adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PI seperti mengikuti kelas yang diadakan di pusat internet ini beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI.