Nama : AHMAD SOLEHIN BIN YAHYA 
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Untuk Kisah Kejayaan kali ini, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Pianggu untuk bahagian Celik IT. Adik Solehin merupakan salah seorang pelajar di SK Pianggu. Beliau berada di tahun 5 di sekolah tersebut. Mengikut perkembangan teknologi sekarang, penjaga kepada adik Solehin merasakan anak mereka ini perlu untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang ICT. Jesteru Ibu adik Solehin telah menghantar beliau untuk belajar ICT di Pusat Internet Kg Pianggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas komputer di Pusat Internet Kg Pianggu ini. Adik Solehin kurang mahir menggunakan komputer. Pengetahuan berkenaan Microsoft Wordnya adalah terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan dengan PI seperti mengikuti kelas yang diadakan di pusat internet ini beliau semakin mahir untuk menggunakan pelbagai aplikasi yang terkandung dalam setiap aplikasi tersebut mengikut modul yang telah diberikan oleh pihak PI.