NAMA   : FAUZIMAS
UMUR  : 49 TAHUN
AHLI     : 2012

 

Latar belakang

Pusat Internet Malaysia Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan Shopee pada November 2019. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Puan Mas merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada Pi ini, Puan Mas kurang mahir dalam mempamerkan produk di laman sosial. Puan Mas juga kurang teratur dalam menyusun atur dokumentasinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Malaysia Kg. Pianggu, beliau kini telah memperbaiki mutu pemaparan produk yang diambilnya dan mampu membuat promosi di laman sosial seperti facebook.