NAMA   : NOR AIMI ZAINI
UMUR  : 33 TAHUN
AHLI     : 2016

 

Latar belakang

Pusat Internet Malaysia Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan pada November 2019. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Puan Aimi merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mendapat bantuan daripada Pusat Internet ini, Puan Aimi kurang mahir dalam mempamerkan produk di laman sosial. Puan Aimi juga kurang teratur dalam menyusun atur dokumentasinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Malaysia Kg. Pianggu, beliau kini telah memperbaiki mutu pemaparan produk yang diambilnya dan mampu membuat promosi di laman sosial seperti facebook.