NAMA   : ROSMIZA HAMZAH
UMUR   : 33 TAHUN
AHLI     : 2020

 

Latar belakang

Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan Shopee pada November 2020 bersama ECER Rompin. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Puan Rosmiza merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada Pi ini, Puan Rosmiza kurang mahir dalam mempamerkan produk di laman sosial.  Puan Rosmiza  juga kurang teratur dalam menyusun atur dokumentasinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri, beliau kini telah memperbaiki mutu pemaparan produk yang diambilnya dan mampu membuat promosi di laman sosial seperti facebook.