NAMA   : SITI AISAH BT ABDUL RAHMAN
UMUR   : 47 TAHUN
AHLI     : 2018

 

Latar belakang

Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan pada Mac 2021. Kelas latihan dan program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Siti merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada PIK ini, Siti kurang mahir dalam mempamerkan produk di laman sosial. Siti juga kurang teratur dalam menyusun atur dokumentasinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu, beliau kini telah memperbaiki mutu pemaparan produk yang diambilnya dan mampu membuat promosi di laman sosial seperti facebook.