Nama

: MUHAMMAD ARIF BIN YAHAYA

Umur : 20 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Celik IT untuk Q3 2021 kali ini kami memilih Adik Muhammad Arif Bin Yahaya lahir pada 13 Julai 2001 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang. Adik Arif  merupakan anak kedua dari 7 orang adik beradik berusia 20 Tahun dibesarkan di Kg Setajam. Adik Arif ditempatkan di dalam kelas rancangan Khas iaitu di Sekolah Menengah Rompin kerana mempunyai masalah pembelajaran. Anak Sulong ini merupakan seorang Abang yang penyayang dan bercita-cita tinggi untuk menjadi pekerja yang beribawa yang berjaya Dibesarkaan di dalam keluarga yang sederhana menjadikan beliau tekad untuk menjadi insan yang berjaya bagi membantu ibu bapanya kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan program anjuran pusat internet, Adik Arif pernah mengikuti ibunya membuat urusan di pusat Internet. Ketika itu beliau hanya melihat rakan-rakan sebaya beliau yang menggunakan perkhidmatan komputer di pusat internet. Kerana keyakinan diri beliau hanya memerhati rakan-rakan sebaya yang rancak bermain dengan komputer sehinggalah pada satu hari salah seorang petugas Pusat internet menyapa beliau dan mengajak beliau bersama-sma mengikuti program yang dianjurkan di pusat internet. Kebetulanpada ketika itu pusat internet akan menganjurkan hari bersama komuniti dan pelbagai aktiviti serta pertandingan akan dilaksanakan sepanjang program tersebut. Bermula dari situlah beliau mula menjinakkan diri dengan pusat internet kerana minat mempelajari komputer yang mendalam ditambah pula kesedaran dalam diri bahawa kepentingan komputer dan teknologi pada masa kini dalam kehidupan seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Peringkat awal penglibatan dengan pusat internet, tahap pengetahuan ICT beliau dikategorikan kurang mahir serta kurang keyakinan diri untuk menonjol di kalayak ramai terutamanya dikalangan orang tidak dikenali. Namun sepanjang mengikuti program di pusat Internet, beliau telah mengikuti pelbagai kelas Komputer seperti Asas penggunaan Komputer, Kelas e-learning , kelas email dan kelas Usahawan Atas talian. Ketika menggunakan perkhidmatan internet di Pusat internet, beliau juga banyak dibantu oleh petugas yang bertugas untuk melayari internet dan media sosial seperti facebook dan youtube. Kelas yang diikuti dalam bentuk berkumpulan juga menjadikan beliau lebih yakin untuk bergaul dengan orang ramai. Ini menjadikan beliau lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kelas ICT yang dianjurkan di pusat internet untuk menambah ilmu pengetahuan beliau khususnya dalam bidang usahawan.