Nama

: SAHIDAH BINTI HAPSAH

Umur : 47 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pusat Internet Malaysia Kg Pianggu yang dikawal selia oleh En Zabli telah memilih Pn Sahidah untuk menyertai kelas keusahawanan di PIK Kg Pianggu. Pn Sahidah merupakan penduduk Kg di komuniti ini. Pn Sahidah berniaga makanan berpantang. Sedikit mengenai petugas PIK iaitu En Zabli, beliau merupakan salah seorang Peniaga Periority Seller di shopee yang telah berniaga lebih dari 4 tahun di shopee. Dengan pengalaman bermula dari peniaga biasa di shopee, kemudian menjadi peniaga preferred, seterusnya menjadi preferred plus, kini pada tahun 2021 beliau akhirnya dilantik menjadi Periority Saller yang mana jualan bulanan wajib mencecah 10 ribu sebulan, Beliau pernah memberi latihan kelas bersama-sama dengan PIhak NGO, Shopee Malaysia, ECER Empower dan pernah dijemput untuk mengajar artis dalam bidang keusahawanan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbalik kepada puan Sahidah, Sebelum mengikuti kelas yang diadakan oleh PIK Kg Pianggu, Pn Sahidah hanya seorang perniaga kecil-kecilan yang mana pasaran produknya hanya sekitar Rompin sahaja. Jualan bulanan tidak pernah mencapai RM1000 walaupun sudah 2 tahun berniaga. Kekangan dari segi kemahiran menggunakan komputer dan telefon menyebabkan beliau takut untuk mencuba meniaga secara atas talian. Masih teringat kata-katanya yang usianya dah setengah abad, susah untuk belajar ict ni lebih-lebih lagi berniaga secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui berkat kesabaran, dan pihak PIK memujuk Pn Sahidah untuk datang kekelas, beliau akhirnya mengikuti kelas usahawan pertamanya pada Julai 2020 di PIK Pianggu. Dengan hanya berbekalkan smartphone yang terlalu uzur dan hang sentiasa, beliau kini telah menjadi preffered plus seller di shopee dengan pendapatan jualannya sebanyak 10-20 ribu sebulan. Sila rujuk gambar tangkapan layar bagi jualan bulan lepas. Beliau membeli kereta Perodua Aruz akhir tahun lepas 100% dari hasil jualannya di shopee.