Sedikit perkongsian mengenai myfree view. Apa itu My Freeview? My Freeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Penutupan siaran analog dilaksanakan, penonton yang tidak
menggunakan siaran myFreeview atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen.

Penerima BSHR boleh semak penerimaan dekoder dengan SMS taip MYTV DEKODER IC NO dan send ke 15888 atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1800-18-1088. Maklumat lanjut boleh juga layari : https://myfreeview.tv/ms/

Untuk dapatkan risalah mengenai myfreeview, anda bolehlah mengunjungi Pusat Internet berhampiran atau di Pusat Internet Kg Pianggu.