MAKLUMAT AM TENTANG NAMA ROMPIN
Pelbagai kisah yang telah diceritakan oleh orang-orang terdahulu tentang sejarah nama Rompin pada masa dahulu. Antaranya ialah :
> Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokokru itu ramping di bahagian tengahnya.
Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan da cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping manjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.
> Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. pada mulanya dia berdagang, kemudian menganbil keputusan untuk tinggal di situ. Dia Mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu.Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah ora g yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.