SEJARAH PIANGGU

SUMBER DARIPADA SINAR HARIAN: LAGI TENTANG SEJARAH PIANGGU

Memang benar Pianggu bukan sekadar kampung biasa. Kampung ini telah melahirkan bekas Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin. Beliau sendiri merupakan daripada keluarga Tok Jenang Riun dari nasab ibunya, Arfah @ Kundor Tok Jenang Login.

Pada tahun 1970-an, kehadiran rakyat dari Utara berhijrah ke sini menjadikan kampung ini lebih jamak budaya dan sosialnya. Mereka hadir untuk sama-sama berkongsi ruang ekonomi dan sosial yang ada di kampung ini.

Usaha penulisan sejarah kini giat dijalankan secara serius mengenai Rompin dan sudah tentu catatan mengenai Pianggu merupakan perkara penting.

 

KENANG-KENANGAN KAMPUNG PIANGGU BERSAMA PAK AWANG

Gambar ini dikirimkan oleh En Ghazali Abdullah atau dikenali sebagai Pak Awang Pianggu. Gambar ini merupakan kenangannya menerima watikah perlantikan sebagai Ketua Kampung Pianggu dari YAB Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada tahun 2002.

Pak Awang merupakan bekas Ketua Kampung Pianggu, terkenal dalam kalangan orang kampung sebagai insan yang cintakan sejarah. Penulis sempat menemu bual Pak Awang bagi mendapatkan gambaran secara ringkas dan asas sejarah kampung Pianggu.

Menurutnya, Kampung Pianggu merupakan antara kampung tertua dalam daerah Rompin dan dipercayai mula didiami pada tahun 1818.

“Pianggu dibuka dan dihidupkan oleh orang Bugislah sebagai penempatan penting mereka. Kampung ini beruntung kerana memiliki anak-anak Melayu Bugis yang hebat pada zaman dahulu. Antara mereka yang terkenal ialah Tok Jenang Riun.

Kehidupan kampung ini dulu sangatlah susah. Nak makan beras pun payah. Tetapi orang zaman dahulu mempunyai sikap yang cekal dan ikhlas berjuang,” katanya yang ditemubual ringkas pada awal bulan lalu.

Pianggu telah dipimpin sebanyak empat ketua kampung iaitu:
1) Mohd Nor bin Abdul Majid (tahun perlantikan masih
2) Usman bin Manaf (1978-1994)
3) Azli bin Abdullah (1994-1995)
4) Ghazali bin Abdullah (1995-2012)
5) Azli bin Abdullah (2012-kini)

Pianggu telah melahirkan banyak tokoh penting sehingga ke peringkat negara. Antara mereka yang terkenal ialah Ketua Panglima Tentera Darat Malaysia, Allahyarham Leftenan Jeneral Tan Sri Abdul Hamid bin Bidin.

Pak Awang menjelaskan,sekitar 30-40 tahun yang lalu, kerajaan pusat dan negeri memutuskan untuk membuka beberapa kawasan di Pianggu dan sekitarnya untuk memberi peluang ekonomi kepada warga imigran yang banyak datangnya daripada Utara tanah air untuk sama-sama membangunkan Pianggu.

Ruang dan peluang ini digunakan oleh orang utara dengan aktiviti penanaman padi dan buah-buahan. Banyak hikmahnya dengan kehadiran mereka. Hari ini, Rompin khususnya Pianggu menjadi masyarakat yang majmuk.

       

Berkaitan Sejarah Kg Pianggu