TOKOH PAHLAWAN PAHANG (KG. PIANGGU)

JENERAL (B) TAN SRI HAJI ABDUL HAMID BIN BIDIN

Abdul Hamid Bin Bidin dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau Rompin, Pahang darul Makmur. Beliau telah mencatatkan rekod sebagai anggota tentera pangkat biasa yang pertama berjaya menjadi Panglima Angkatan Tentera. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke -2 (NOvember 1969- Jun 1970) menggantikan Jeneral (B) Tunku Tan Sri Haji Osman Bin Tunku Md. Jewa. Beliau memulakan penglibatan dalam bidang ketenteraan pada 1 Ogos 1939 apabila mengikuti latihan rekrut selama 6 bulan di Port Dickson.

Jeneral Hamid menjadi penduduk tempatan pertama menjadi Edikong (pengiring) Pesuruhanjaya Tinggi British, Sir henry Gurney pada 1950. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk memerintah Briged Ketiga di Congo dalam Pasukan Pengaman PBB dari 10 Mac 1961- 28 Mac 1962. Selepas itu, Jeneral Hamid telah dinaikakn pangkat sehingga Mejar Jeneral dan memegang jawatan Ketua Turus Tentera Darat. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat lagi kepada Leftenan general (7 Julai 1966) dan akhirnya Jeneral (1 Julai 1968).

 

 

SUMBER MUZIUM PAHANG