APA ITU IoT?

IoT ialah singkatan daripada Internet of Things. Dalam Bahasa Malaysia, ianya dipanggil Internet Pelbagai Benda (IPB). Ianya merupakan jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau pengerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan untuk menyambungkan dan bertukar data dengan peranti lain atau sistem melalui Internet.

Cara IoT berfungsi ialah sesuatu objek tersebut akan dilengkapi dengan satu mikropengawal yang boleh disambungkan melalui Internet. Objek tersebut juga mempunyai sensor atau penggerak untuk mengambil data ataupun menggerakkan sesuatu seperti suis geganti dan motor. Objek tersebut akan disambungkan ke platform IoT melalui Internet. Platform tersebut menambil data daripada pelbagai objek (jika terdapat lebih daripada satu objek) dan menganalisa data yang diperoleh. Data tersebut boleh dilihat oleh pemilik melalui telefon pintar atau aplikasi web.

Contohnya, dalam aplikasi rumah pintar, objek tersebut mungkin sensor suhu ruang tamu yang disambung ke satu hub, iaitu penghala Wi-Fi rumah anda. Anda boleh mengakses data bacaan suhu tersebut menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar rumah anda.

Dalam IoT, pelbagai peranti mampu disambungkan ke satu hub.