MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI
Siri 7: Berhati-hati Terhadap Perkara Syubhah
Perkara halal dan haram itu jelas dan antara kedua-duanya ada perkara yang samar iaitu syubhah. Perkara syubhah ialah perkara yang ada kesamaran kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram.
Contohnya: makanan atau minuman yang tidak jelas status halal atau haram atau keuntungan daripada pelaburan yang tidak jelas halal atau haram sesuatu perniagaan.
Kita juga diperintah untuk meninggalkan segala larangan Allah SWT dan sedaya upaya untuk menjauhi perkara syubhah agar tidak terjerumus kepada yang diharamkan.
 
 
Sumber: Kementerian Pendidkan Malaysia