SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sarang Tiong telah dibuka pada 01 September 1962. Guru besar yang pertama ialah Encik Abdul Kadir bin Awang. Pada awal sesi persekolahan 1963 terdapat 52 orang murid dengan empat orang guru termasuk seorang guru sementara yang mengajar Bahasa Inggeris dan lima bilik darjah.

Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Sarang Tiong iaitu tempat di mana sekolah dibina, menurut kisahnya dinamakan sedemikian kerana terdapat sebatang pokok besar yang didiami oleh burung tiong yang sangat banyak antara dua anak sungai.

Pada awalnya sekolah ini mempunyai padang bola namun pada tahun 2002 tapak padang tersebut telah didirikan bangunan baru. Sebelum itu bangunan lama sekolah terdiri daripada dinding papan sahaja.