PROGRAM PINJAMAN NETBOOK

Program Pinjaman Netbook pada tahun 2017 diteruskan lagi kesinambungan dari tahun 2016. Pusat internet Kg. Pianggu telah memilih SMK Tanjung Gemok dan SK Pianggu bagi program pinjaman netbook ini. Pinjaman netbook hanya diberi kepada pelajar tertentu sahaja iaitu darjah 4,5 dan 6. Manakala, SMK Tanjung Gemok melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Setiap pinjaman yang dibuat akan direkodkan iaitu jumlah pinjaman dan no siri setiap netbook. Menurut para pelajar, program ini sangat bangus kerana banyak membantu mereka dalam menyelesaikan kerja- kerja kursus yang diberikan oleh guru. Malah dengan adanya Program Pinjaman Netbook ini dapat mengurangkan gejala lepak dikalangan pelajar sekolah.Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru bagi memudahkan urusan mereka.

 

      

  ANTARA PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM PINJAMAN NETBOOK DI SMK TANJUNG GEMOK