PELANCONGAN
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.
 
Di Tanjung Gemok terdapat perkhidmatan penginapan seperti hotel. Hotel yang terdapat berhampiran kawasan ini ialah Hotel Jeti Tg Gemok. Kemudahan yang selesa diberikan kepada para pelancong yang ingin berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Tioman.