Tarikh |
20 Januari 2019 |
Masa |
2.00petang-4.30petang |
Lokasi |
PI Kg Pianggu |
Peserta |
100 Orang |
Tujuan
Program ini melibatkan pelbagai peringkat umur. Program e-pembelajaran bertujuan untuk mendedahkan komuniti dengan kuiz yang dijalankan menggunakan aplikasi Kahoot.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan oleh petugas mengenai kuiz secara online mengikut tajuk perbincangan yang diadakan. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat dijadikan persediaan untuk pembelajaran dalam kelas dan menjawab peperiksaan secara atas talian serta game offline.
Tarikh |
25 Januari 2019 27 Januari 2019 |
Masa |
10.00pagi- 4.00 petang 3.30petang- 5.30petang |
Lokasi |
PI Felda Keratong 5 PI Kg Pianggu |
Peserta |
20 orang 8 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah dan belia. Petugas PI memberi pendedahan tentang pengenalan kelas ict/ desktop piblishing menggunakan perisian Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint 2010. Dan juga Internet dan emel serta movie maker. Kelas diadakan adalah untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada peserta yang tidak mempunyai ilmu mengenai komputer. Sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan microsoft office 2010 untuk kegunaan seharian dan membuat tugasan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah para peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas dan menyiapkannya. Setiap peserta akan diberikan sijil jika tamat mengikuti kelas.
Tarikh |
25 Januari 2019 |
Masa |
10.00AM-12.00PM |
Tempat |
PI Felda Keratong 5 |
Peserta |
20 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh petugas Pusat Internet daerah Rompin. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya klik dengan bijak, jenayah siber,buli siber,etika penggunaan teknologi serta check your label.Selain itu , memberitahu kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula dari barangan elektronik.
Aktiviti
Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber. Penerangan tentang pembelian telepon yang disampaikan oleh Kluster Rompin kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.
Tarikh |
28 Januari 2019 28 Januari 2019 30 januari 2019 |
Masa |
10.00pagi- 12.00petang 4.00 petang-6.00petang 4.00 petang-6.00petang |
Lokasi | PI Kg Pianggu |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh belia. Petugas memberi penerangan tentang program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Tujuannya adalah memperkenalkan cara untuk edit gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Aktiviti
Program keusahawanan ini adalah percuma dan para peserta akan diberikan taklimat mengenai asas Adobe Photoshop (edit gambar).
Tarikh |
15 November 2018 |
Masa |
11.00AM-12.00 PM |
Lokasi |
SK Kg Kolam |
Tujuan
Memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan pusat internet kepada semua. Peserta yang terlibat adalah dari pelajar sekolah rendah, belia, dewasa, dan kakitangan kerajaan dan swasta.
Aktiviti
Promosi dijalankan kepada semua peserta program. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada semua tentang perkhidmatan dan fungsi pusat internet. Program ini memberi pendekatan melalui taklimat dan promosi pusat internet.