Tarikh |
6 Ogos 2018 22 Ogos 2018 30 Ogos 2018 |
Masa |
9.00AM-11.00AM 3.00PM-4.00PM 2.00PM-3.00PM |
Tempat |
Giatmara Rompin PI Kg Pianggu PI Kg Pianggu |
Peserta | Pelajar Sekolah & Belia |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh golongan para pelajar sekolah dan belia. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber serta etika penggunaan teknologi. Selain itu , memberitahu kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula dari barangan elektronik.
Aktiviti
Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber. Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.
Tarikh |
10 Julai 2018 20 Julai 2018 |
Masa |
10.00Pagi-11.00 Pagi 2.30 Petang- 3.00 Petang |
Lokasi |
PI Kg Pianggu Perpustakaan Desa Tg Gemok |
Tujuan
Program dashboard komuniti bertujuan untuk mempromosikan aplikasi yang ada di dalam sistem tersedut dan juga melibatkan penggunaan aplikasi ini kepada komuniti setempat apabila aktiviti dijalankan di Pusat Internet Kg Pianggu.
Aktiviti
Peserta yang terlibat dari pelbagai golongan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah My Health iaitu pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung. My komuniti pula adalah membuat hebahan, pengumuman atau kuiz dashboard. Di samping download apps dashboard komuniti di smartphone masing-masing bagi yang berjaya. Syarat utama adalah peserta atau pengunjung wajib menjadi ahli pusat internet terlebih dahulu.
Gambar Disini
Tarikh | 20 & 27 Julai 2018 |
Masa |
4.00- 6.00 Petang 3.00 - 5.00 Petang |
Lokasi |
PI Kg Pianggu Perpustakaan Desa Tg Gemok |
Peserta | 20 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar tadika dan belia seramai 20 orang. Petugas PI memberi pendedahan tentang pengenalan kelas ict/ desktop piblishing menggunakan perisian Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint 2010. Dan juga Internet dan emel serta movie maker. Kelas diadakan adalah untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada pserta yang tidak mempunyai ilmu mengenai komputer. Sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan microsoft office 2010 untuk kegunaan seharian dan membuat tugasan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah para peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas dan menyiapkannya. Setiap peserta akan diberikan sijil jika tamat mengikuti kelas.
Tarikh |
11 Julai 2018 |
Masa | 08.00pagi- 12.00 Tengahari |
Lokasi | SMK Rompin |
Peserta | Belia |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh belia. Petugas memberi penerangan tentang program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Tujuannya adalah memperkenalkan kepada mereka tentang sistem dashboard dimana mereka boleh mempromosikan produk jualan mereka di situ.
Aktiviti
Program keusahawanan ini adalah percuma dan para peserta akan diberikan taklimat mengenai keusahawanan serta diajar membuat poster dan kewangan. Para peserta didedahkan kepada idea perniagaan yang berpandukan pasaran semasa iaitu online. Petugas akan membantu peserta memasukakn gambar produk dan keterangan produk ke dalam dashboard my shop untuk mahir meluaskan perniagaan sendiri dan mampu bersaing dengan usahawan luar.
Tarikh |
6 Julai 2018 10 Julai 2018 20 Julai 2018 27 Julai 2018 |
Masa |
9.00AM-10.00AM 9.00AM-10.00AM 2.00PM-2.30PM 3.00PM-3.30PM |
Tempat |
Tadika Kemas Sarang Tiong PI Kg Pianggu Perpustakaan Desa |
Peserta | Pelajar Tadika & Belia |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh golongan para pelajar sekolah tadika dan belia. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber serta etika penggunaan teknologi.
Aktiviti
Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber. Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.