Tarikh | 24 Mac 2018 |
Masa | 10.00-12.00 Petang |
Lokasi | PI Kg Pianggu |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Program dashboard komuniti bertujuan untuk mempromosikan aplikasi yang ada di dalam sistem tersedut dan juga melibatkan penggunaan aplikasi ini kepada komuniti setempat apabila aktiviti dijalankan di Pusat Internet Kg Pianggu.
Aktiviti
Peserta yang terlibat dari pelbagai golongan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah My Health iaitu pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung. My komuniti pula adalah membuat hebahan, pengumuman atau kuiz dashboard. Di samping download apps dashboard komuniti di smartphone masing-masing bagi yang berjaya. Syarat utama adalah peserta atau pengunjung wajib menjadi ahli pusat internet terlebih dahulu.
Tarikh | 2,3 & 9 Mac 2018 |
Masa | 10.00 Pagi- 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kg Pianggu |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 5 orang. Petugas PI memberi pendedahan tentang pengenalan kelas ict/ desktop piblishing menggunakan perisian Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint 2010. Dan juga Internet dan emel serta movie maker. Kelas diadakan adalah untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada pserta yang tidak mempunyai ilmu mengenai komputer. Sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan microsoft office 2010 untuk kegunaan seharian dan membuat tugasan.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah para peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas dan menyiapkannya. Setiap peserta akan diberikan sijil jika tamat mengikuti kelas.
Tarikh | 24 Mac 2018 |
Masa | 9.00-10.00 Pagi |
Lokasi | PI Kg Pianggu |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh golongan dewasa dikalangan wanita. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber. Selain itu, petugas menerangkan kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula sisa dari barangan elektronik.
Aktiviti
Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber, E-waste: Program Kesedaran Pembuangan Bahan Elektronik secara berhemah (e-sisa). Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.
Tarikh | 23 Mac 2018 |
Masa | 3.00- 6.00 Petang |
Lokasi | PI Kg Pianggu |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh Muhammad Aimanuddin Bin Ab. Rahman. Petugas memberi penerangan tentang program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Tujuannya adalah memperkenalkan kepada beliau tentang sistem dashboard dimana En. Aimanuddin boleh mempromosikan produk jualan beliau di situ.
Aktiviti
Program keusahawanan ini adalah percuma dan para peserta akan diberikan taklimat mengenai keusahawanan serta diajar membuat poster dan kewangan. Para peserta didedahkan kepada idea perniagaan yang berpandukan pasaran semasa iaitu online. Petugas akan membantu peserta memasukakn gambar produk dan keterangan produk ke dalam dashboard my shop untuk mahir meluaskan perniagaan sendiri dan mampu bersaing dengan usahawan luar.
Tarikh |
:15 FEBRUARI 2018 |
Masa |
: 5.00petang-6.00 petang |
Lokasi |
: PI KG PIANGGU |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
program ini melibatkan 8 orang murid sekolah rendah.Program e-pembelajaran bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah rendah menggunakan bahan rujukan secara online.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan oleh petugas mengenai tuisyen secara online mengikut subjek serta peperiksaan menggunakan aplikasi kahoot. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat dijadikan persediaan untuk pembelajaran dalam kelas dan menjawab peperiksaan secara atas talian.