Tarikh   6 Mei 2018
 Masa  10.00 pagi- 12.00 petang
 Tempat  PI felda Selendang
 Peserta  Pelajar sekolah rendah & menengah

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh golongan para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber. Selain itu, petugas menerangkan kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula sisa dari barangan elektronik.

Aktiviti

Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber, E-waste: Program Kesedaran Pembuangan Bahan Elektronik secara berhemah (e-sisa). Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.

Gambar disini

 

 

 

Tarikh

 7 APRIL 2018 

 8 APRIL 2018

 27 APRIL 2018

 Masa

 9.00Pagi-12.30 Petang

 9.30 Pagi- 1.00 Petang

 2.00 Petang- 5.30 Petang

 Lokasi

 PI Kg Pianggu

 Dewan Felda Selendang

 

Tujuan

Program dashboard komuniti bertujuan untuk mempromosikan aplikasi yang  ada di dalam sistem tersedut dan juga melibatkan penggunaan aplikasi ini kepada komuniti setempat apabila aktiviti dijalankan di Pusat Internet Kg Pianggu.

Aktiviti

Peserta yang terlibat dari pelbagai golongan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah My Health iaitu pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung. My komuniti pula adalah membuat hebahan, pengumuman atau kuiz dashboard. Di samping download apps dashboard komuniti di smartphone masing-masing bagi yang berjaya. Syarat utama adalah peserta atau pengunjung wajib menjadi ahli pusat internet terlebih dahulu.

Gambar Disini

Tarikh   8 April 2018
 Masa  11.00pagi- 1.00 Petang
 Lokasi  PI Kg Pianggu
 Peserta  15 Orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh kaum wanita di Kg Pianggu seramai 15 orang. Petugas memberi penerangan tentang program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Tujuannya adalah memperkenalkan kepada mereka tentang sistem dashboard dimana mereka boleh mempromosikan produk jualan mereka di situ.

Aktiviti

Program keusahawanan ini adalah percuma dan para peserta akan diberikan taklimat mengenai keusahawanan serta diajar membuat poster dan kewangan. Para peserta didedahkan kepada idea perniagaan yang berpandukan pasaran semasa iaitu online. Petugas akan membantu peserta memasukakn gambar produk dan keterangan produk ke dalam dashboard  my shop untuk mahir meluaskan perniagaan sendiri dan mampu bersaing dengan usahawan luar.

Gambar Disini

Tarikh   6,13,21 & 27 April 2018
 Masa  2.00- 5.30 Petang
 Lokasi  PI Kg Pianggu
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 5 orang. Petugas PI memberi pendedahan tentang pengenalan kelas ict/ desktop piblishing menggunakan perisian Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint 2010. Dan juga Internet dan emel serta movie maker. Kelas diadakan adalah untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada pserta yang tidak mempunyai ilmu mengenai komputer. Sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan microsoft office 2010 untuk kegunaan seharian dan membuat tugasan.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah para peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas dan menyiapkannya. Setiap peserta akan diberikan sijil jika tamat mengikuti kelas.

Gambar Disini

 

 Tarikh 

 7 April 2018

 8 April 2018

 Masa

 9.00- 10.00 pagi

 Lokasi

 PI Kg Pianggu

 Dewan Felda Selendang

 Peserta

 15 orang

 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh golongan dewasa dikalangan wanita. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber. Selain itu, petugas menerangkan kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula sisa dari barangan elektronik.

Aktiviti

Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber, E-waste: Program Kesedaran Pembuangan Bahan Elektronik secara berhemah (e-sisa). Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.

Gambar Disini