KELAS KOMPUTER

 

Tarikh : 15 & 25 FEBRUARI 2018
Masa :10.00 PAGI- 5.00PETANG
Lokasi   PI KG PIANGGU

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan belia seramai 8 orang. Petugas PI memberi pendedahan tentang pengenalan kelas ict/ desktop piblishing menggunakan perisian Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint 2010. Dan juga Internet dan emel serta movie maker. Kelas diadakan adalah untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar kepada pserta yang tidak mempunyai ilmu mengenai komputer. Sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan microsoft office 2010 untuk kegunaan seharian dan membuat tugasan.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah para peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas dan menyiapkannya. Setiap peserta akan diberikan sijil jika tamat mengikuti kelas.

Gambar Disini

KETERAMPILAN WAJAH BERSAMA AVON- LATIHAN KEUSAHAWANAN

 

Tarikh : 8 FEBRUARI 2018
Masa : 3.00PETANG- 5.00PETANG
Lokasi   PI KG PIANGGU

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh golongan wanita Kg Pianggu seramai 5 orang. Petugas PI telah menjemput seorang wakil dari Avon utk menunjukkan demo penjagaan wajah kepada para peserta. Di samping penerangan tentang program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Tujuannya adalah memperkenalkan kepada mereka sistem dashboard dimana mereka boleh mempromosikan produk jualan mereka di situ.

Aktiviti

Program keusahawanan ini adalah percuma dan para peserta akan diberikan taklimat mengenai keusahawanan serta diajar membuat poster dan kewangan. Para peserta didedahkan kepada idea perniagaan yang berpandukan pasaran semasa iaitu online. Petugas akan membantu peserta memasukakn gambar produk dan keterangan produk ke dalam dashboard  my shop untuk mahir meluaskan perniagaan sendiri dan mampu bersaing dengan usahawan luar.

Gambar Disini

Tarikh

: 6 Januari 2018

Masa

: 9.30 pagi - 5.30 petang

Lokasi

: Balairaya Kg Tebu Hitam

Peserta

: 20 orang

 

Tujuan 

Kelas Ms Office yang disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah iaitu seramai 20 orang. Telah diadakan pada cuti hujung minggu.Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pendedahan tentang  pengenalan kelas Ict/ Destop Publishing iaitu penggunaan perisian Microsoft Office Word, Excel dan Power point 2010 disamping internet dan e-mel dan movie maker.

Aktiviti 

Para pelajar mengenai asas Ms Office mengikut modul yang telah diberikan oleh petugas Pusat Internet. Aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan pengguanaan microsoft office 2010 untuk kegunaan seharian  dan membuat tugasan sekolah. Program yang dianjurkan selama 2 hari ini memberi manfaat kepada peserta. Sijil juga disediakan oleh pihak Pusat Internet untuk para pelajar.

Gambar Disini

LITERASI DIGITAL: KLIK DENGAN BIJAK/ ETIKA/ E-WASTE

Tarikh : 20 FEBRUARI 2018
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi  PPD Daerah Rompin

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh golongan dewasa yang terdiri daripada para guru. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber. Selain itu, petugas menerangkan kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula sisa dari barangan elektronik.

Aktiviti

Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber, E-waste: Program Kesedaran Pembuangan Bahan Elektronik secara berhemah (e-sisa). Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.

Gambar Disini

Tarikh : 24 FEBRUARI 2018
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi  SK Sarang Tiong

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah SK Sarang Tiong. Tujuan adalah untuk berkongsi kepada peserta supaya dapat menggunakan media sosial secara berhemah dan selamat terutamanya Buli Siber. Selain itu, petugas menerangkan kepada komuniti setempat tentang kepentingan kitar semula sisa dari barangan elektronik.

Aktiviti

Para peserta yang terlibat didedahkan kepada Klik Dengan Bijak : Program Kesedaran ICT / Buli Siber, E-waste: Program Kesedaran Pembuangan Bahan Elektronik secara berhemah (e-sisa). Penerangan akan disampaikan oleh petugas PI kepada para peserta serta di samping aktiviti soal jawab berkenaaan apa yang telah diterangkan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti taklimat dan kuiz.

Gambar Disini

 

 

Tarikh

: 11 Januari 2018

Masa

: 11.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi

: SMK Tanjung Gemok

Peserta

: 50 orang

 

Tujuan

Bengkel disertai oleh pelajar Tingkatan 4 dan 5 seramai 50 orang. Tujuannya adalah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keusahawanan di kalangan para pelajar. Serta memberi serba sedikit tentang taklimat e-rezeki (latihan asas)

Aktiviti

Bengkel yang dijalankan hanya satu hari sahaja dan penglibatan adalah percuma. Para peserta diajar cara untuk membuat poster, kewangan dan juga pembentangan projek/ produk. Disamping itu juga, para perta didedahkan kepada idea perniagaan yang berpandukan pasaran semas. Pasaran pada masa kini lebih kepada pasaran atas talian (online). Penerangan yang lebih lanjut tentang keusahawanan, para pelajar boleh datang ke pusat internet berdekatan.

Gambar Disini