Tarikh |
: 08 April 2021 |
Masa |
: 09.00 AM– 05.00PM |
Lokasi |
: Bilik Latihan Masjid Tengku Mahkota Rompin |
Peserta | : 10 Orang |
Tujuan
Penglibatan untuk program ini adalah percuma, peserta diberikan taklimat mengenai keusahawanan dan seterusnya peserta diajar cara untuk mempromosikan barangan secara atas talian dan berniaga di Shopee serta belajar teknik photography untuk Myshop.
Aktiviti
Peserta diajar tentang cara membuat promosi secara atas talian dan asas Shopee, Teknik Photography dan Myshop dan kelas bersambung ke kelas berikutnya.
Tarikh / Masa |
: 28 Mac 2021 : 09.00 AM – 01.00PM |
Lokasi |
: PIK Kg Pianggu |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Program dashboard komuniti bertujuan untuk mempromosikan aplikasi yang ada di dalam sistem tersedut dan juga melibatkan penggunaan aplikasi ini kepada komuniti setempat apabila aktiviti dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu.
Aktiviti
Peserta yang terlibat dari pelbagai golongan. Edaran risalah dashboard komuniti dan taklimat ringkas kepada komuniti.Dapat memberi pendedahan awal kepada penggunaan aplikasi tertentu mengukut kategori. My komuniti pula adalah membuat hebahan, pengumuman atau kuiz dashboard. Di samping download apps dashboard komuniti di smartphone masing-masing bagi yang berjaya. Syarat utama adalah peserta atau pengunjung wajib menjadi ahli pusat internet terlebih dahulu. Program ini memberi pendekatan melalui taklimat promosi dashboard kepada peserta program.
Tarikh / Masa |
: 24 Mac 2021 : 08.00AM- 10.00AM |
Tempat |
: PIK Kg Pianggu |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Mengadakan ceramah dan edaran risalah berkenaan Klik Dengan Bijak. Klik Dengan Bijak ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membendung salah laku di Internet. Etika berkenaan dengan tatacara penggunaan Internet dengan baik dan berdisiplin diterapkan didalam program-program berkaitan dengan Klik Dengan Bijak ini.
Aktiviti
Penglibatan untuk program ini adalah percuma, para peserta akan diberikan taklimat mengenai tatacara penggunaan barangan dan kemudahan ICT secara beretika. Penerangan dilakukan secara sistematik. Peserta juga diterangkan berkenaan jenis-jenis salahlaku internet. Juga didedahkan dengan kebaikan dan keburukan penggunaan gajet. Program ini juga menitikberatkan taklimat kesedaran ICT dikalangan peserta.
Tarikh / Masa |
: 10 Mac 2021 : 09.00AM-1.00PM |
Lokasi |
: PIK KG PIANGGU |
Peserta | : 5 Orang |
Tujuan
Program e-pembelajaran bertujuan untuk menbantu peserta yang terlibat untuk menggunakan mengendalikan semua aplikasi di dalam komputer dengan baik dan secara lestari.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah pembelajaran aplikasi, fungsi aplikasi dan amali penggunaan aplikasi. Sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada penggunaan aplikasi tertentu mengikut kategori.
Tarikh |
: 06 Mac 2021 : 24 Mac 2021 |
Masa |
: 9.00AM-1.00PM : 9.00AM- 1.00PM |
Lokasi |
: PI Kg Pianggu |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang Pengenalan kelas ICT/Desktop Publishing menggunakan perisian Microsoft Office Word, Excel, dan Power Point 2010 & Internet
Aktiviti
Peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas Pusat Internet. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan Microsft office 2010 untuk kegunaan harian dan membuat tugasan.