Tarikh |
: 21 Mac 2021 |
Masa |
: 09.00 AM– 01.00PM |
Lokasi |
: PIK Kg Pianggu |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Penglibatan untuk program ini adalah percuma, peserta diberikan taklimat mengenai keusahawanan dan seterusnya peserta diajar cara untuk mempromosikan barangan secara atas talian dan berniaga di Shopee serta belajar teknik photography untuk Myshop.
Aktiviti
Peserta diajar tentang cara membuat promosi secara atas talian dan asas Shopee, Teknik Photography dan Myshop dan kelas bersambung ke kelas berikutnya.
Tarikh / Masa |
: 16 Februari 2021 : 09.00AM – 10.00AM |
Lokasi |
: PIK Kg Pianggu |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Program dashboard komuniti bertujuan untuk mempromosikan aplikasi yang ada di dalam sistem tersedut dan juga melibatkan penggunaan aplikasi MyHealth kepada komuniti setempat terutama di Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu.
Aktiviti
Peserta yang terlibat dari pelbagai golongan. Aplikasi MyHelath yang melibatkan pemeriksaan kesihatan serta taklimat ringkas berkenaan dengan Dashboard. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada penggunaan aplikasi tertentu mengikut kategori umur. Program ini juga memberi pendekatan melalui taklimat promosi dashboard kepada peserta program.
Tarikh |
: 11 Februari 2021 |
Masa |
: 2.00PM-5.30PM |
Lokasi |
: PI Kg Pianggu |
Peserta | : 6 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang penggunaan media streaming, online broadcasting dan membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas Pusat Internet.
Aktiviti
Penglibatan untuk program ini adalah percuma, para peserta membuat tugasan mengikut modul yang diberikan oleh petugas Pusat Internet. Program ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta dalam mengaplikasikan penggunaan Microsft office 2010 untuk kegunaan harian dan membuat tugasan.
Tarikh / Masa |
: 1 Februari 2021 : 09.00AM- 01.00PM |
Tempat |
: PIK Kg Pianggu |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Mengadakan ceramah dan edaran risalah berkenaan Klik Dengan Bijak. Klik Dengan Bijak ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membendung salah laku di Internet. Etika berkenaan dengan tatacara penggunaan Internet dengan baik dan berdisiplin diterapkan didalam program-program berkaitan dengan Klik Dengan Bijak ini.
Aktiviti
Penglibatan untuk program ini adalah percuma, para peserta akan diberikan taklimat mengenai tatacara penggunaan barangan dan kemudahan ICT secara beretika. Penerangan dilakukan secara sistematik. Peserta juga diterangkan berkenaan jenis-jenis salahlaku internet. Juga didedahkan dengan kebaikan dan keburukan penggunaan gajet. Program ini juga menitikberatkan taklimat kesedaran ICT dikalangan peserta.
Tarikh |
: 21 Januari 2021 |
Masa |
: 10.00 AM– 05.00PM |
Lokasi |
: PIK Kg Pianggu |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelbagai golongan. Latihan keusahawan kali ini melibatkan rakaman video bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan terutama usahawan online daripada Pusat Internet Komuniti Kg Pianggu.
Aktiviti
Program keusahawanan ini adalah percuma dan para peserta akan diberikan taklimat mengenai keusahawanan iaitu usahawan online, diberi storyboard rakaman dan membuat rakaman video usahawan.