NAMA   : SUHAILA BINTI ISMAIL
 UMUR  :  42 TAHUN
 AHLI     :  2011

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Usahawan Online 1 bagi Q3 2018, kami memilih salah seorang Ahli Pusat Internet (PI) Kg Pianggu iaitu saudari Suhaila Bt Ismail.Pusat Internet Kg Pianggu telah memilih seorang ahli daripada program Keusahawanan pada Januari 2018 yang lalu. Kelas latihan dan program yang dijalankan melibatkan kumpulan belia berjalan dengan lancar. Suhaila merupakan seorang usahawan di Daerah Rompin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendapat bantuan daripada PI ini, Suhaila kurang mahir menggunakan pengiklanan melalui facebook. Suhaila juga kurang mengetahui cara-cara untuk memasarkan produk dengan lebih luas lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang beliau hadiri di Pusat Internet Kg. Pianggu, beliau kini telah menjalankan perniagaan secara lebih meluas dengan kuantiti tempahan yang lebih dan juga semakin meningkat dari hari ke hari. Pendapatan bulanan beliau kini telah meningkat dari hari ke hari untuk membantu mengukuhkan ekonomi beliau.