Nama : AIMAN HAKIM B. ABDUL AZIZ
Umur : 14 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Kisah Kejayaan bahagian Celik IT untuk Q3 2018, kami memilih salah seorang Ahli PI Kg Pianggu yang mana beliau telah mengikuti kelas komputer di PI Kg Pianggu. Adik Aiman telah mengikuti kelas antara kelas yang diikuti oleh beliau ialah Microsoft Office 2010 Word, Excel, Power Point, Internet & e-Mel, Dashboard Komuniti dan kelas Keusahawanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan/penglibatan Aiman ini, beliau hanya tahu asas ICT dan tidak terlalu mahir di dalam penggunaan komputer. Sedikit masa yang terluang pada hujung minggu digunakan oleh beliau untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aiman selalu mengikuti program yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau berminat untuk mengikuti kelas komputer di Pusat Internet kerana untuk menambahkan lagi pengetahuan dan memahirkan beliau dalam penggunaan Microsoft Office dan ilmu keusahawanan. Setelah mempelajari dan mengikuti kelas di Pusat Internet Kg Pianggu, banyak perkara telah dipelajari dan beliau semakin mahir dalam pelbagai perkara antaranya lebih pantas menaip, semakin mahir dalam penggunaan Microsoft Office dan ilmu keusahawanan. Beliau juga semakin celik it dalam menggunakan komputer dan semakin baik selepas terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet.