MAKLUMAT AM TENTANG NAMA ROMPIN
Pelbagai kisah yang telah diceritakan oleh orang-orang terdahulu tentang sejarah nama Rompin pada masa dahulu. Antaranya ialah :
> Kuala Rompin asalnya adalah sebuah perkampungan nelayan. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh sepanjang pantai daerah Rompin. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokokru itu ramping di bahagian tengahnya.
Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan da cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping manjadi atau disebut Rumpin tetapi dieja Rompin.
> Cerita kedua berkisar kepada seorang lelaki misteri yang datang ke tapak bandar Kuala Rompin dan tinggal di bawah pokok ru itu. Lelaki itu tidak dikenali, tidak banyak bercakap dan tidak diketahui asal-usulnya. pada mulanya dia berdagang, kemudian menganbil keputusan untuk tinggal di situ. Dia Mendirikan sebuah pondok kecil di bawah pokok ru yang besar dan tinggi itu.Penduduk tempatan memanggilnya Riffin. Pada sesetengah ora g yang berkunjung menganggap Riffin sebagai keramat. Penduduk tempatan memanggil kawasan pondok Riffin itu sebagai Ruffin. Kesan pengaruh dialek tempatan, sebutan bertukar menjadi Rumpin. Rumpin dieja sebagai Rompin.
DAERAH ROMPIN, PAHANG
Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang. Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.
ASAL USUL ROMPIN
Dikatakan pada satu ketika dahulu di daerah ini terdapat sebatang Pokok Ru. Pokok ru ini unik berbanding dengan pokok-pokok ru lain yang hidup melata disini kerana bentuknya yang ramping.Mengikut cerita ukurlilit pokok tersebut boleh memuat seramai 40 orang untuk makan bersama. Pada awalnya orang memanggil nama tempat ini sebagai rhu ramping, dan lama-kelamaan nama tempat ini berubah menjadi rumpin dan rompin.
Walaubagaimanapun terdapat juga cerita lisan daripada penduduk setempat yang mengatakan Rhu Ramping berasal daripada pokok rhu yang serpih separuh di batangnya akibat terkena bedilan meriam suatu masa dahulu. Pokok ru tersebut masih berdiri teguh walaupun terkena bedilan meriam.
PARLIMEN ROMPIN
Sumber: Ahli Parlimen Rompin
ADUN TIOMAN
Mohd Johari Hussain adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Pahang yang ke 6. Beliau berjaya memenangi DUN Tioman dalam PRU12 pada 8 Mac 2008.
Nama Penuh : Mohd Johari Bin Hussain
Tarikh Lahir : 3 Januari 1973
Tempat Lahir : Kg Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Alamat Pejabat : Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tioman
No. 38, Tingkat Bawah, Jalan Utama, bandar Baru
26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : Mohd Johari Hussain
Blog : www.adun-tioman.blogspot.com
Sumber lain : https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Johari_Hussain
PEGAWAI DAERAH ROMPIN
Sumber Maklumat : Pegawai Daerah
PENGHULU MUKIM ENDAU
EN MOHD HANEFF BIN HJ ABD MANAN
PENGHULU NP29/MUKIM ENDAU
KOMPLEKS PENGHULU MUKIM ENDAU, 26800 KUALA ROMPIN
No Tel. Pejabat : 09-4132280
Sumber Maklumat : Penghulu
MAKLUMAT ASAS
JKK KAMPUNG PIANGGU
1. NAMA JKKK: KAMPUNG PIANGGU, MUKIM ENDAU, 26820 KUALA ROMPIN, PAHANG
DUN: Tioman PARLIMEN: Rompin
2. BILANGAN KAMPUNG DALAM JKKK : ENAM (6) BUAH
• Kampung Pianggu
• Kampung Kasing
• Kampung Desa Wawasan
• Kampung Denai
• Kampung Mentelong
• Kampung Lantang
3. JUMLAH PENDUDUK : 1665 ORANG
• 01 – 12 Tahun : 459 Orang
• 13 – 18 Tahun : 240 Orang
• 19 – 35 Tahun : 441 Orang
• 36 – 55 Tahun : 361 Orang
• 56 Tahun ke atas : 149 Orang
4. BILANGAN KETURUNAN MELAYU : 1201 Orang
5. BILANGAN KETURUNAN ASLI : 464 Orang
6. BILANGAN RUMAH DALAM JKKK : 283 Buah
7. BILANGAN TAMAN DALAM KAWASAN JKKK : 1 Buah
8. BILANGAN PERSATUAN/JAWATANKUASA DALAM JKKK : 6 Buah
• Pertubuhan UMNO
• Persatuan Wanita UMNO
• Persatuan Belia 4b (M) Kampung Pianggu
• PIBG Sekolah Kebangsaan Kampung Pianggu
• RELA Kampung Pianggu
• Pertubuhan Peladang
• Pertubuhan Peladang NITA
9. BILANGAN KELUARGA MISKIN/TERMISKIN : 119 Buah
10. BILANGAN KELUARGA MEMPUNYAI KERETA : 51 Buah
11. KELUASAN TANAH KERAJAAN : 1356.5 Ekar
12. KELUASAN TANAH YANG DIDIAMI : 520 Ekar
13. BILANGAN LAMPU JALAN YANG ADA DALAM KAWASAN JKKK : 40 Unit
• Pianggu : 10 Unit
• Kasing : 10 Unit
• Lantang : 10 Unit
• Desa Wawasan : 10 Unit
14. BILANGAN JALAN YANG MASIH BELUM DIBAIKI:
• Jalan Redan ke Denai sejauh 7 km
• Jalan Denai ke Mentelong sejauh 8 km
• Jalan Bukit Lepas sejauh 4 km
15. BILANGAN KEMUDAHAN DALAM KAWASAN JKKK YANG PERLU DIBAIKI/DIPOHON:
• Dewan Aktiviti Wanita
• Dewan Orang Ramai/Gelanggang Sukan
• Padang Bola
• Gelanggang Serbaguna