Pusat Dhia Ramadhani, Kg Mentara bersama PI Kg Pianggu

Pusat Internet Kg Pianggu telah bekerjasama dengan jawatankuasa tertinggi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Kg Mentara dalam menyampaikan maklumat dan info berkaitan Pusat Internet serta aktiviti terkini yang dijalankan. Pengurus PI Kg Pianggu telah memberi penerangan tentang info terkini iaitu berkaitan dengan Dashboard Komuniti serta latihan keusahawanan yang disediakan iaitu My Shop. Di samping itu, kami juga memberi penerangan berkaitan kemudahan yang terdapat di pusat internet terutama di PI Kg Pianggu. Penutup  ramah mesra kami bersama Pusat Dhia Ramadhani diakhiri dengan cabutan bertuah.

Program : Ramah Mesra Bersama AIM (Pusat Dhia Ramadhani, Kg Mentara)

Tarikh : 10 Ogos 2017 (Khamis)

Masa : 11.00 pagi-1.00 Petang

Tempat: Pusat Dhia Ramadhani, Kg Mentara