ASAL USUL SK PIANGGU

Sk Pianggu telah didirikan di pinggir Sg Endau berhampiran dengan Jeti Penambang. Pada tahun1914, sekolah ini telah dibuka dan ini merupakan sekolah ke -4 tertua di negeri Pahang. Bangunan asalnya diperbuat daripada papan dan beratap nipah. Besarnya sekadar memuatkan 35 orang pelajar dan 2 orang guru. Sekolah ini dibina atas inisiatif penghulu pertamanya yang bernama En. Sulaiman Bin Login yang merupakan cucu kepada Datuk Kuchong.

Selepas perang tahun 1947 SK Pianggu telah berpindah ke tapak baru. Bangunan ini diperbuat daripada papan dan asbestos serta boleh menempatkan seramai 67 orang pelajar dan 8 orang guru.

Pada tahun 1983 pihak Kementerian Pendidikan telah membina bangunan baru 3 tingkat bagi menampung keperluan disebabkan bilangan murid yang bertambah. Bangunan tersebut mengandungi 6 bilik darjah, 1 bilik pejabat Am dan sebuah kantin. Pada tahun 1994, penambahan lagi bangunan di SK Pianggu dan bangunan sedia ada sekarang.

 

 

 

sumber : skpianggu.blogspot.my