KEROPOK  LEKOR SARANG TIONG

Perusahaan Keropok Lekor Sarang Tiong semakin mendapat tempat dikalangan penduduk setempat kerana keenakan keropok lekor yang datang dengan jenis berwarna putih lain dari keropok Terengganu.

Keropok lekor ini mendapat permintaan yang tinggi dari peniaga sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Keropok Lekor Sarang Tiong dipasarkan sekitar Endau Dan Rompin sahaja setakat ini.

Terdapat 3 jenis keropok lekor ini:

  • Besar
  • Kecil
  • Sosej

 

 

ROMPIN BANDAR UDANG GALAH
a21
 
Perjalanan memandu ke arah Kuala Rompin, anda akan disambut dengan papan tanda gergasi dengan memaparkan perkataan ‘Udang Galah’ di sepanjang jalan.

 

Udang gergasi ini merupakan makanan istimewa yang sentiasa dicari penggemar makanan yang tidak kisah meluangkan masa yang panjang demi merasai keenakan makanan laut tersebut.

 

Dengan nama saintifiknya ‘macrobrachium rosenbergii’, udang ini terkenal dengan isinya yang manis walaupun mempunyai cengkerang yang keras.

 

Salah satu restoran yang menyajikan hidangan tersebut ialah Restoran Udang Galah Sepit Biru King.

 

 Udang-Galah

 

“Lokasi Kuala Rompin yang berada berdekatan dengan Laut China Selatan menjadikan udang di sini berbeza dan lebih sedap,” kata pengurus kedai makanan itu, Bishrul Haffi, 28 yang merupakan penduduk asal Rompin.

 

Perniagaan warisan ini dimulakan bapanya yang memulakan perniagaan restoran di Leban Chondong sejak awal tahun 70-an.

 

Menurut beliau, masakan terbaik untuk udang galah ialah makanan laut itu dimasak dengan mentega bersama sos manis dan masam untuk perasa tambahan.

 

“Majoriti pelanggan kami adalah penunggang motor dan pelancong yang kebanyakan dari mereka datang dari Singapura.

 

Turut berkongsi senario yang sama ialah pemilik restoran Udang Galah LC , Rohainee Othman yang berkata pelanggannya meningkat dua kali ganda dari jumlah biasa.
 udang-galah-lemak-cili-padi-blog

 

“Kami biasanya menerima kira-kira 50 ke 60 pelanggan setiap hari, sekarang kira-kira 100 pelanggan atau lebih,” katanya.

 

Beliau turut menambah restoran itu adalah cawangan francais keluarga yang sudah berusia 40 tahun.

 

Rohainee berkata kebanyakan udang-udang mereka di ambil dari sungai Rompin, Mersing dan juga sungai Nenasi.

 

“Tapi, udang yang ditangkap di sungai Rompin ini lebih manis dan sesuai dimasak sambal,” jelasnya.

 

Harga udang galah ditetapkan berbeza mengikut gred yang sewajarnya.

 

“Udang dari sungai Rompin berharga RM60 sekilo.

 

“Tetapi memang berbaloi nak makan, bila dah makan memang tak boleh nak berhenti, inilah keistimewaannya,” tambahnya.

 

Sama seperti Temerloh yang terkenal dengan ikan patin, begitu juga dengan Rompin, pastikan anda mencuba menikmati hidangan lazat udang galah yang terkenal di daerah ini.
 
sumber : the rakyat post