ROYAL PAHANG BILLFISH INTERNATIONAL CHALLENGE 2023
06-08 Oktober 2023
Kuala Rompin, Pahang
 
Acara Pelancongan anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Persatuan Memancing Malaysia dan Lembaga Pembangunan Tioman ini amat sinonim dengan Daerah Rompin ini merupakan satu pertandingan memancing ikan layaran berkonsepkan ‘catch & release’ yang diadakan di sekitar perairan Laut China Selatan berhampiran daerah Rompin.
Acara ini merupakan antara salah satu acara pelancongan paling lama diadakan di negeri Pahang di mana penganjuran kali pertamanya adalah pada tahun 2004. Acara ini juga dilihat semakin berprestij dengan pertambahan penyertaan dari dalam dan luar negara dari tahun ke tahun.
 
 
Sumber: Tourism Pahang (FB)