PENURAPAN TAR JALAN LAMA

Jalan raya merupakan kemudahan asas yang penting dalam sesebuah komuniti kerana dapat mengghubungkan sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain. Penurapan tar di Jalan Rambai dan Jalan Nipah Kg Setajam telah memberi keselesaan kepada penduduk kampung setempat. Jalan ini merupakan jalan utama yang menggubungkan ke kawasan Tanah Perkuburan. Di samping menaik taraf Jalan Sena Kg Pianggu yang menjadi laluan utama kontaktor.

 

 Kemudahan asas merupakan aspek yang terpenting dalam masyarakat yang disediakan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Tujuan kemudahan asas disediakan adalah bagi memudahkan penduduk tempatan dan setempat menjalankan segala urusan dengan lebih lancar. Antara kemudahan asas yang disediakan di Kg Pianggu adalah seperti : 

BIL

KEMUDAHAN ASAS

JUMLAH

1

MASJID

1

2

KLINIK

1

3

SEKOLAH RENDAH

1

4

BALAI RAYA

1

5

HOMESTAY

2

6

SURAU

3

7

GELANGGANG FUTSAL

1

8

TABIKA

1

9

PASTI

1

 

Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk kegunaan seluruh penduduk Mukim Endau, antaranya ialah:

 

Surau dan Masjid

surau




KERJA-KERJA MENGALIH KABEL VOLTAN TINGGI YANG MERENTANGI SUNGAI SETAJAM



Kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak TNB Rompin untuk memudahkan para nelayan melalui Sungai Setajam. Kabel voltan tinggi yang dahulunya berada dalam sungai tersebut telah dialih dan kini menggunakan tiang batu. Kini para nelayan tidak lagi perlu menunggu air pasang untuk melalui kawasan tersebut. Mereka juga tidak lagi bimbang terkena renjatan elektrik akibat kebocoran penebat pada kabel voltan tinggi tersebut.

 ELK1

ELK2

ELK3

Baru-baru ini, JPS (Jabatan Pengaliran dan Saliran) Rompin telah memantau Projek Pemuliharaan Tebing Sg Endau di Kampung Pianggu. Projek itu dijalankan bagi mengatasi hakisan tebing sungai yang melibatkan 5 buah kampung. Pemantauan dibuat berikutan terdapat aduan daripada penduduk kampung yang bimbang tentang hakisan yang teruk ditambah dengan musim tengkujuh serta menyebabkan tanah mereka hilang ditelan sungai. Projek ini harus dijalankan bagi mengatasi banyak lagi hakisan tanah ditebing sungai Kampung Pianggu terutamanya.

JPS ketika melawat lokasi Projek Pemuliharaan tebing Sg. Endau di Kg Pianggu